5/26/12

Sabar

terlalu banyak yang ingin ditulis di sini, tapi rasa tak berbaloi dan tak tahu mana nak mula dan bagaimana nak diakhirkan. Dipendekkan kata, Allah meletakkan kita dalam sesuatu situasi sukar, adalah untuk ujian. Allah ingin menguji kita.Sebagai contoh, kita mendapat roommate yang kita rasa sungguh tidak boleh terikat hati kita dengannya. Sikapnya, Kelakuannya,  seringkali mengiritasikan kita. Namun, itulah ujiannya di situ. Kenapa dalam banyak-banyak rumah, Allah takdirkan kita berumah dengannya dan berbilik dengannya, pasti untuk kita mendapatkan manfaat daripadanya, dan belajar melalui kesilapan kita, kesilapan dia, agar menjadi manual kehidupan untuk hari mendatang kita. Do you know what is coming ahead?

Gagal menyemai perasaan SABAR, bermakna kita telahpun gagal dengan ujian diberi Allah. Maka, berkemungkinan hasil ketidaksabaran kita itu, Allah mendatangkan lagi ujian itu sekali lagi kerana kita masih tidak pass dengan first exam sabar. tak gitu?

perihal di atas adalah sekadar contoh. dalam hidup ini, banyak yang kita boleh belajar, dan ini semua satu supplement dalam kehidupan kita.belajar.apa jadi kalau kita tak pernah nak belajar?

*sebenarnya dah tak tahu arah tuju blog ni. tapi yang penting, apa2 yang di post mampu memberikan iktibar dan menambahkan ilmu dan idea tentang kehidupan kepada pembaca sekalian. :D