10/22/11

share.

kenapa aku malas?? harini hari malas. hari malasku,... teringat salah satu bacaan dalam ma'thurat ,

Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau. Engkaulah Tuhan yang menciptaku. Akulah hambaMu dan aku akan mengotakan segala ikrar dan janjiku denganMu sedaya upaya yang ada padaku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan perbuatan yang telah aku lakukan. Aku mengaku kepadaMu terhadap nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan aku juga mengaku dengan dosaku. Oleh itu ampunkan daku kerana sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau."

ingat janji kita inderectly pada Allah dalam doa ini..and satu lagi doa dalam ma'thurat kalau rasa-rasa macam nak malas lagi, ce baca ni,dengan penuh yakin aku nak rajin balik..

Ya allah,aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas.. Aku juga berlindung padaMu dari sifat pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang (3x)..  :)

ini untuk peringatan diri juga.sememangnya tiada manusia yang sempurna,.tak semestinya para ustaz atau alim ulama' je yang kena bagi peringatan. Kita yang biasa-biasa pun boleh. sebab kalau nak tunggu jadi perfect baru nak nak kata layak bagi peringatan sampai bila takkan dapat nak baginya..ustaz-ustaz pun manusia biasa,level of keimanan pun ada naik turun. Jadi,jangan rasa rendah diri untuk berkongsi nasihat ke arah kebaikan..takpe,cakap je.. share je.

SHARING ialah CARING. kan?
tiba-tiba dah rajin balik.huhu.

salam.

No comments:

Post a Comment